Hi korang,
Kali ini yang saya nak kongsikan 5 tips asas bermain Mobile Legend. Sebelum tu korang tahu tak apa itu MOBILE LEGEND? Ehh jap! bukan makanan segera aiskrim ke apa.. tapi SYOKNYA main benda ni pasangan bercinta pon boleh bawa bergaduh. Huh
Bukan apa kalau sampai mesej pun tak balas..Apatah untuk menjawab call…lepas tu cakap ML (mobile legend) tu lagi penting, kalau macam tu baik kahwin ja dengan ML tu habis cheghitaa. heh
Bagi anda penggemar game MOBA ( Multiplayer online battle arena), Mobile Legend boleh dikatakan sebagai alternatif DOTA terbaik yang boleh anda cuba. Mobile Legends adalah sebuah game MOBA yang dibuat oleh Moonton.
Bersaiz mulai dari 90 MB, game ini cukup ringan untuk dimainkan di Android dan ios, begitu pun pada Android dengan RAM di bawah 1 GB. Mobile Legend tentu perkara yang menyeronokkan untuk mengisi masa terluang. Tetapi awas! Jangan disebabkan obses bermain menyebabkan aktiviti harian anda terganggu.
Berikut adalah 5 tips asas untuk bermain Mobile Legend yang saya ingin kongsikan:
Sambungan Internet
Tips yang pertama dan yang paling penting ialah sila pastikan sambungan internet anda dalam keadaan baik. Kebanyakan bermain game online, sambungan internet yang baik amat diperlukan.
Tidak terkecuali dalam Mobile Legend, keadaan internet yang perlahan boleh menyebabkan terjadinya lag semasa permainan.
Jika keadaan berlarutan anda boleh dilaporkan sebagai AFK (away from keyboard) dan dalam pada masa yang sama jugak pastinya memyebabkan pasukan anda kalah.
Oleh itu, sebelum bermain mohon beli data cukup2. Heee
Menguasai Hero
Masing-masing hero mempunyai kekuatan dan kelemahan, jalan yang terbaik saya cadangkan adalah anda perlu menyesuikan kesemua jenis hero dan memilih hero terbaik sesuai dengan anda.
Jenis Hero Mobile Legend;
- Assassin
- Tank
- Fighter
- Mage
- Marksman
- Support
Untuk permainan seimbang, dalam satu kumpulan perlu mempunyi tanker, assassin, marksman dan mage.
*Tidak salah menggunakan hero yang sama untuk anda membiasakan diri dengan timing skill dari hero tersebut.
Menyesuaikan Barang ML
Membeli belah item gear di Mobile Legend. Haha.. Dalam permainan, elakkan daripada membeli daripada item yang disarankan oleh Mobile Legend, kerana ianya kurang berkesan.
Justeru itu, anda perlu cermat dalam memilih untuk membeli item. Setiap item memberikan kesan yang pelbagai.
Anda boleh menyesuaikan set equipment yang dicadangkan terbaik untuk setiap hero sebelum perlawanan.
Memilih Set Emblem
Set emblem boleh dipilih sebelum memulakan permainan. Berfungsi meningkatkan kekuatan hero anda. Pemilihan emblem yang sesuai dengan hero boleh meningkatkan kelajuan serangan dan kelajuan pergerakan kepada hero.
Setiap hero memiliki emblem yang tersendiri. Sebagai contoh Fighter, disarankan Fighter Emblem Set dan juga Jungle Emblem Set yang mana memberikan kelebihan kepada anda semasa farming.
Naik Level
Leveling merupakan teknik asas yang kebiasaan digunakan dalam setiap game jenis MOBA.
Caranya adalah dengan membunuh (farming) raksasa ataupun mahkluk hutan agar level dan gold anda lebih cepat naik daripada musuh.
Dengan cara ini skill anda akan cepat dibuka dan dengan mudah mengawal permainan. Maksimum level bagi sesuatu hero boleh mencapai sehingga level 15.
*Perbezaan level boleh memberikan kelebihan semasa one-on-one dengan musuh.
Tips lain;
- Kalau guna fighter, beli item atau equip counter
- Kalau fighter yang guna ‘mana’ beli item yang ‘mana’ tak habis
- Hero magic, kalau boleh jangan guna item jungler
- Pilih kasut tank yang sesuai. Kasut yang kaler2 tu.. lupa dah
- Ikut tempo perlawanan, awal2 equip barang jungler.. cepat naik level.. pastu dah level 15 buang barang jungler tukar life steals ke soon whatever janji boleh defend terok..