Kali ni aku nak share 5 tips bajet ringkas untuk percutian ke Pulau Perhentian. Termasuk kedua buah pulau perhentian kecil dan pulau perhentian besar.

Pulau Perhentian pernah merangkul destinasi pulau yang tercantik di dunia. Sekarang telah banyak pulau yang baru naik walaupun begitu Pulau Perhentian masih lagi menjadi pilihan para pengunjung untuk menikmati kehidupan laut yang terjaga.

1. Transport Pergi dan Balik

Bermula dari Jeti Besut hanyalah memakan masa lebih kurang 45 minit untuk tiba ke Pulau Perhentian. Sekitar jeti korang boleh dapatkan harga tiket boat semurah RM50 hingga RM70 untuk 2 trip, pergi dan balik.

Pulau Perhentian Kecil – Kamera iPhone 5s

Untuk pengunjung yang berada di luar kawasan pantai timur digalakkan naik flight menuju ke Kota Bharu berbanding naik bas. Kat situ boleh jimat masa dan tenaga. Bagi yang tak kisah ada masa lapang dan tenaga boleh lah naik bas. Kemudian daripada Kota Bharu ke Jeti Besut hanyalah mengambil masa lebih kurang selama 2 jam maksimum.

2. Tempat Penginapan

Pulau Perhentian memang ada sedia banyak tempat penginapan untuk korang. Walaupun begitu korang kena booking hotel awal sebab ramai orang yang nak datang sini. Biasalah tempat tarikan pelancong macam mana kan. Mestilah ramai. Lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah serta hujung minggu.

Waktu Senja di Ombak Resort

Kat sini ada bermacam jenis bilik bajet untuk korang yang tak kisah sangat pasal tempat tidur. Asalkan ada tilam dan tandas. Harga bilik bajet untuk satu malam korang boleh dapat sekitar RM50 hingga RM150 untuk 2 orang yang berkipas. Kalau korang nak aircond boleh dapat sekitar RM180 hingga RM250.

Ada je bilik yang grand untuk korang yang bajet lebih. Selesa itu subjektif.

3. Bajet Makan Sedap

Bab makan kat sini aku paling suka. Especially banana juice yang pure. Banyak pulak tu. Bukan macam minum kat airport yang sikit dan mahal. Cheh

Standard nasi goreng kat sini dalam RM5 hingga RM6. Makanan western chicken chop pun ada. Lepas tu ada buffet untuk RM25 hingga RM35 seorang mengikut set makanan laut yang korang pilih sendiri.

Makan tepi pantai yang berangin sangat syok sambil dengar sound effect ombak yang original tu yang buat pengalaman korang disana jadi best. Tak percaya? Try la pergi dan nikmatilah sendiri. Hehe

4. Aktiviti Snorkeling

Untuk kemudahan korang hampir setiap penginapan ada menyediakan pakej snorkeling. Selalunya aktiviti snorkeling nih bermula dari awal 10 pagi. Jadi korang patut beli tiket awal lagi dari satu malam dan sempat lah kalau nak breakfast dengan santai di awal pagi.

Tiket untuk snorkeling tu ikut pakej berapa pulau korang nak lawat. Kat sini ada banya check point yang menarik. Contohnya; Shark Point, Turtle Point, Romantic Beach, Pulau Serengeh, Pulau Rawa, Perkampungan Nelayan dan bermacam lagi. Harga tiket boleh dapat sekitar RM30 hingga RM45 maksimum untuk seorang. Bermula seawal 10 pagi sehinggalah 4 atau 5 petang.

Jangan risau, ada waktu rehat untuk korang solat, lunch dan sebagai pada waktu tengahari di Perkampungan Nelayan.

5. Tawaran Souvenir

Kat sini ada dua tempat korang boleh beli souvenir. Satu kat pulau dan satu lagi kat jeti besut. Waktu korang nak beli souvenir tu jangan lupa untuk tawar menawar sebab itu adalah tradisi turun temurun nenek moyang kita. Heh

Kalau harga sehelai baju sekitar RM15 dan korang beli lebih dari satu mungkin korang boleh dapat diskaun RM2 hingga RM3 untuk sehelai baju. Mulut kena manis dan sedap jugak lah walaupun kita ni pembeli je tau. Kan budi bahasa budaya kita. Ewah

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

11 Comments

    1. yo Hariz. Makan kat kedai kawasan Perhentian Besar. tak ingat nama restoren tapi dekat kawasan resort D’Barat.

    2. yo Hariz. Makan kat kedai kawasan Perhentian Besar. tak ingat nama restoren tapi dekat kawasan resort D’Barat.

    1. Hi. lebih kurang 5-7 perhentian snorkeling termasuk Shark Point dan Turtle Point. dari awal pagi sampai petang 🙂

    1. boleh cuba cari area perhentian kecil. sekarang GST dah mansuh. Kot boleh dapat diskaun. huhu

    1. hai. saya pernah duk ombak resort. dia ada buat pakej snorkeling. saya pun pernah duk kat chalet aur bay sebelah ombak resort. bilik lagi murah dari ombak resort. 🙂

      1. SALAM BRO.. KALAU NAK PERGI SENDRI XPRLU GUNA PACKAGE TRAVEL AGENT RASA OK X?? KAT SANA ADA X KAUNTER2 UTK KITA BUAT APA2 AKTIVTI??

        1. salam. sorry lambat. sibuk sangat banyak kerja 4-5 hari lepas. 🙁
          ok je pergi sendiri tak ikut travel agent. sama je. kena book awal2. dan sudah ada plan nak buat apa. selalunya pihak hotel dah standby untuk offer aktiviti. jadi boleh tanya kat kaunter hotel. 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *