Tertanya – tanya dimana anda boleh menikmati percutian serta menjimatkan wang? Bangkok adalah adalah salah satu jawapannya. Jom ke Bangkok.

Menurut sumber pelancongan negara Thailand. Bandar Bangkok sahaja telah berjaya merekodkan lebih 550 ribu pelancong dari seluruh dunia setiap tahun. Terbang ke Bangkok merupakan sebuah tawaran yang unik dan mengujakan. Bangkok juga merupakan bandar yang paling besar dan maju dalam Thailand, sambil mengekalkan seni bina dan tradisi sejarah sejak beratus – ratus tahun dahulu. 

5 sebab untuk terbang ke Bangkok: 

Ini dia. Tanpa melengahkan masa.

1. Servis makanan 24jam sehari

Mengapa Bangkok adalah bandar terbaik ialah kerana makanan jalanannya. Mereka pada dasarnya boleh didapati dimana – mana dan bila – bila masa sahaja. Dari lorong – lorong kecil hingga hotel 5 bintang, anda boleh mencari sesuatu untuk mengisi perut anda.

Makanan jalanan atau bahasa inggeris, street food adalah yang pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menjelajah citarasa penduduk thailand dengan kos rendah.

2. Kuil Wat Arun

Kuil Wat Arun terletak di tebing sungai barat Chao Phraya, iaitu bertentangan dengan Istana Besar. Ini merupakan tempat wajib untuk dilawat sekiranya anda ke Bangkok. Kuil ini terletak terus di tebing sungai dengan ditutupi oleh kepingan kaca berwarna dan porselin daripada China.

Dan bagi yang berani, sesiapa pun dapat memanjat lereng yang tinggi sepanjang 70 meter ini untuk menikmati pemandangan indah sungai Chao Phraya pada waktu malam.

Ini video travel Bangkok episod 1 oleh Izs Dawson yang disunting oleh Fariz Izhan. 🙂

3.  Pasar Terapung

Ini adalah salah satu pemandangan yang anda tidak dapat melihat di mana – mana negara Asia Tenggara. Bayangkan ini , di kedua – dua belah sisi anda terdapat bot – bot yang dipenuhi buahan tropika yang segar, sayuran , jus kepala yang segar dan tidak lupa makanan yang lazat lagi murah. 

Cara terbaik untuk meneroka pasar terapung di Bangkok adalah dengan menyusuri sungai tersebut menggunakan perkhidmatan bot yang ditawarkan. Tiga pasar terapung yang paling popular di Bangkok adalah Damnoen Saduak, Amphawa dan Klong Lat Mayom. Damneon Saduak adalah merupakan pasar terapung yang paling popular di Bangkok dan merupakan pasar yang wajib untuk dilawati.

4. Spa dan Urutan Istimewa Thai

Urutan thai sentiasa menjadi kegemaran semua orang. Kerana urutan Thai memerlukan seni luar biasa yang boleh melegakan ketegangan dan memulihkan semula tenaga di pagi hari. Tetapi terdapat banyak pusat terapi dan perkhidmatan kecantikan di Bangkok. Anda mungkin mendapati ianya hebat dan berpatutan. 

Seperti spa ikan, kolam air panas, terapi pasir, garam gua dan lain – lain yang dibawa daripada luar negara. Tetapi seperti yang kita ketahui Bangkok adalah bandar terbaik untuk kepelbagaian dalam semua budaya.

5. Istana Besar

Juga dikenali sebagai Grand Palace, merupakan salah satu mercu tanda yang paling dihormati di seluruh Thailand. Dibina pada tahun 1782. Ianya merupakan tempat tinggal Raja Thai serta Merupakan Mahkamah diraja. Istana tersebut merupakan yang paling dimuliakan dan terkenal di pusat bandar. 

Antara sebab terbaik untuk menerokai budaya dan seni orang thai dengan lebih mendalam.

Di sini semua peminat seni dapat menikmati ukiran dan seni bina reka bentuk purba melalui patung sehingga kuil yang memenuhi disekeliling kawasan sekitar.

Sememangnya Bangkok adalah bandar terbaik untuk dilawati kerana bandar ini menpunyai segala keperluan yang anda mahu sepanjang tempoh percutian anda, seperti makanan yang murah, tempat yang menarik dan tidak lupa pengangkutan yang mudah dan cepat. Semoga entri “5 sebab untuk Terbang ke Bangkok” ini dapat menarik minat anda untuk merancang percutian anda ke Bangkok. 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *