5 Idea untuk Mula Tulis Blog
Mungkin ada yang tiba-tiba tak tahu dah nak tulis pasal apa, lepas tu takde mood nak update blog. Jadi saya ingin berkongsi sedikit mengenai idea untuk mula menulis blog.
Kongsian ini sedikit sebanyak membantu saya. Disini saya telah fikirkan 5 perkara mengenai idea untuk mula tulis blog.
1. Tujuan menjadi visi
Ingat balik tujuan kita buat blog. Tujuan saya buat blog adalah untuk berkongsi maklumat dan kisah hidup saya, contohnya. Ada juga buat blog untuk mempromosikan produk tersendiri.
2. Kongsi maklumat dengan terperinci
Ceritakan secara detail akan sesuatu subjek supaya anda akan sentiasa berfikir akan ciri-ciri menarik sebuah telefon pintar, contohnya. Kalau pasal tudung, tulis secara detail pasal tudung tu.
3. Pengalaman hidup peribadi
Mungkin ada peristiwa lucu atau tragedi yang menimpa. Bagi memperingati peristiwa itu maka tulislah didalam blog. Termasuklah pengalaman travel anda.
4. Bakat dan minat sendiri
Pamerkan atau kongsikan bakat dan minat anda sendiri dengan tujuan bisnes. Aturkan jadual untuk update blog anda. Lebih kerap update, lebih bagus untuk pendedahan para pengunjung blog anda.
5. Keperluan asasi
Jadikan menulis blog ni sebagai keperluan asasi dimana anda akan mula rasa tidak senang duduk bila tak update blog dan dari situlah anda akan bertindak kreatif untuk mencari maklumat. Bila dah terbiasa, menulis blog akan menjadi mudah.
Harap kongsian ini membantu. Sekian. 🙂