Danbo ada banyak jenis sebenarnya. Korang boleh search sendiri tengok bagaimana rupa Danbo yang pelbagai jenis tu. Saiz pun pelbagai.
Aku pilih yang tak besar sangat dan tak kecik sangat. Boleh buat teman bergambar kat mana-mana. Kalau aku pergi Jepun lagi memang aku nak tambah lagi. Macam tambah nasi pulak..
Uniknya jugak Danbo nih, mata dia boleh keluarkan lampu dan korang akan perasan suis lampu tu kat tepi kepala dia. Cun!
Okay. Gambar Danbo dengan Ultraman nih nampak serius. Aku nampak macam dia nak makan hidup-hidup je Ultraman tu. /ultramanstandby
Danbo kesepian tu..jangan sedih sangat. Takpa. Nanti aku bawak lah Danbo keluar jalan-jalan. Mainan lain pun banyak lagi nak bergambar dengan Danbo. huhu