Salam semua. What’s up? Asyik Pokemon Go je. Kali nih aku nak share pasal pengalaman aku ketika melancong ke luar negara.

Ada apa dengan kos melancong ke luar negara? Well. Banyak kos. Salah satu daripadanya ialah kos perjalanan, makan minum dan lain-lain. Kalau boleh jimat. Kita jimat. Bukan apa. Kalau nak selalu melancong atau menjelajah kenalah selalu berjimat untuk perjalanan yang seterusnya. kan..

Okay. Berikut merupakan 5 tip belanja paling jimat ketika melancong ke luar negara. Tak kira lah. Melancong sekitar negara asia mahupun sekitar negara eropah.

1. Mencuba Makanan Jalanan Tempatan

Sungguh rugi kalau tidak mencuba sushi di Jepun. Atau makan kimchi di Korea. Bagi aku. Setiap negara ada makanan yang unik dan sedap.

Lepas tu cuba elakkan makanan segera seperti burger, jajan, cekedis dan lain-lain yang mengarut lagi tidak sihat. Atau yang dah ada kat Malaysia. Come on. Try lah something new. cewah!

Kalau ada yang tiba-tiba claim perut melayu tu. Jangan risau. Kebanyakkan orang negara asia makan nasik. Aku tak kisah. Aku perut Goku. heh

2. Rancang Aktiviti Keperluan

Kalau niat korang nak try makanan luar negara dan bergambar kat beberapa tempat maka itu sudah cukup bagus dan jimat. Manakala kalau korang nak try aktiviti yang sedikit mewah dan extreme (dalam negara sendiri pun boleh buat) seperti berkayak, parasailing, tengok wayang, go-kart, main air kat waterpark, skuba diving, ice skating dan lain-lain tu haruslah standby bajet lebih untuk aktiviti tadi. Kadang-kadang satu aktiviti tu memakan belanja sebanyak 100 ringgit hingga 200 ringgit.

Semuanya bergantung atas kehendak dan keperluan masing-masing. Aku cuma nak share cara paling jimat ketika melancong ke luar negara dan kalau aku lah kan. Aku lagi suka enjoy makanan jalanan yang rare dan halal untuk muslim. Lepas tu berjalan ambik gambar dari satu tempat ke satu tempat seperti lokasi yang monumen bersejarah, tugu peringatan, berendam dalam kolam air panas yang semulajadi, berkelah kat taman dan banyak lagi.

3. Menginap di Hotel Bajet

Selesa atau mewah? Aku akan lebih memihak kepada bilik yang selesa untuk tidur berbanding menginap dalam bilik yang serba mewah. Tujuannya adalah untuk meluaskan lagi perbelanjaan harian dengan bajet yang rendah seperti berjalan dan mengenal selok belok bandar Bangkok, menikmati pemandangan matahari terbenam di Bali, melewati bandar anime Akihabara di Tokyo, melawat Pulau Nami di Korea, merasai pengalaman perang dalam Terowong Cu Chi di Vietnam dan macam-macam lagi. Bagi aku, pengalaman seperti itu lebih mahal daripada bilik hotel yang mahal.

Bilik hotel untuk tidur je pun. Bila aku dah mengantuk dan penat sangat berjalan, aku dah tak kisah sangatlah bilik tu ada peti sejuk ke takde tv ke. Asalkan ada tilam dan bantal..dan aircond (kalau panas sangat) dan selimut (sebab sejuk sangat dengan aircond).. heh

4. Menggunakan Pengangkutan Awam

Yes. Naik bas lagi jimat daripada sewa kereta untuk satu hari. Kalau korang tak suka tunggu bas. Naik je teksi yang bermeter. Jimat, cepat dan selesa.

Tips; Bila travel nanti, jangan bebankan diri dengan beg yang besar dan berat. Cuba travel dengan santai dan menyenangkan. Orait.

5. Jangan Berlagak Kaya

Last but not least. Merangkumi hampir semua perkara di atas. Jangan menunjuk sangat yang kita nih banyak duit. Tabur sana sini. Bahaya. Boleh jadi sasaran pencopet, penyeluk saku, penyangak, penipu dan seumpama dengannya. Tak kira kat mana-mana negara pun. Walaupun dalam negara sendiri. Cuba belajar dan selami budaya negara luar seperti rakyat biasa. Pasti akan dapat pengalaman yang berbeza dan akan dikenang sampai bila-bila.

Cara pakaian pun biarlah mengikut bersesuai dengan cuaca dan musim. Kalau musim panas, jangan pakai yang tebal-tebal serta berbulu beruang, bulu ayam dan sebagainya.


Okay last, ole-ole atau Cenderamata tu beli yang mana patut je. Kalau korang suka kumpul fridge magnet. Beli je lah fridge magnet sekeping dua. Lepas tu beli la untuk orang rumah. Serta member yang dah lama bising nak ole-ole. Tak paksa pun. LOL

Harap kongsian pengalaman aku ni berguna untuk korang yang akan melancong ke luar negara tak lama lagi. Enjoy dan selamat melancong merata tempat dengan bajet yang ciput.

Okay. Pape roger. Sekian. Terima kasih.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *