Sangat genius, marvelous, amazing dan boombastik. Amboi tajuk (tak tahu nak letak tajuk sesuai sebenarnya). Yes. Dengan dua peringkat ini sahaja anda tak perlu susah-susah transfer gambar dan edit dalam laptop mahupun komputer desktop.

Caranya mudah, cepat dan hasilnya dapat gambar cantik. Malah anda boleh edit pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. Ketika buang air besar di rumah mertua, selepas selfie dengan Perdana Menteri, ketika dalam kesesakan jalan raya dan sebagainya.

Maklumlah, telefon pintar sekarang makin canggih dan makin murah. Model telefon yang tahun 2015 masih boleh pakai hingga 3 tahun kedepan.

Tak kira lah telefon Android ke, iPhone ke atau Windows ke. Asalkan anda sudah siap download aplikasi Snapseed dan VSCO. Sebab dua aplikasi itulah fokus dalam entri edit gambar dalam telefon kali ini.

Okay. Cukup dengan intro dan sedikit penerangan. Jommm!!

Peringkat Pertama – Guna Aplikasi Snapseed

Selalunya saya akan mula dengan aplikasi Snapseed untuk dapatkan komposisi gambar dalam ruangan Crop. Garisan pertiga (seperti dalam gambar dibawah) banyak membantu saya untuk dapatkan perspektif yang menarik.

Kemudian saya akan cerahkan gambar dalam ruangan Tune Image (setting seperti gambar dibawah).

Dengan hanya dua fungsi iaitu fungsi Crop dengan fungsi Tune Image sudah cukup memadai untuk peringkat pertama ini. Yang penting saya sudah dapatkan kedudukan yang menarik serta gambar yang lebih cerah berbanding gambar asal yang agak gelap dan suram.

Okay. Save gambar dan bersedia untuk menggunakan aplikasi yang seterusnya.

Peringkat Kedua – Guna Aplikasi VSCO

Saya menggunakan aplikasi VSCO untuk mendapatkan tona warna gambar yang sekata. Tu dia. Bunyi macam rumit kan. Tapi proses kali ini menjadi mudah dengan presets yang tersedia ada didalam VSCO.

Bagi saya, aplikasi VSCO ini sesuai digunakan untuk sentuhan terakhir dalam setiap proses edit gambar. Godek sikit terus jadi lawa.

Nah. Inilah hasilnya.

Saya jarang guna aplikasi VSCO untuk edit gambar saya sendiri. Tapi bila saya guna aplikasi VSCO, saya akan nampak hensem. Selamat mencuba. Heh!

Dibawah saya sertakan 5 lagi gambar contoh hasil penggunaaan aplikasi Snapseed dan VSCO.

..dan follow lah Instagram saya. Huhuhuhu

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *