Semangat saya tahun 2017 ini masih belum pudar. Banyak benda saya nak capai tahun nih. Langkah pertama saya ialah merajinkan diri untuk upload gambar-gambar lawa dan best. Sebab tu permulaan bagi saya ialah dapatkan sebuah kamera dengan bajet sederhana serta dengan kadar pantas! Ya. Dalam keadaan semangat yang membara, saya agak tergesa-gesa untuk memiliki sebuah kamera. Maklumlah, tak sabar nak try teknologi kamera jenis mirrorless ini.

Namun saya sangat berhati-hati untuk pilih kamera yang terbaik dengan bajet yang sederhana ini. Dengan beberapa pendapat sahabat. Saya telah bandingkan 4 buah kamera iaitu Sony Alpha A6000, Olympus OMD EM10, Fujifilm X A2 dan Olympus Pen E-PL7 sendiri. Semuanya kamera jenis mirrorless.

Untuk makluman korang, teknologi kamera jenis mirrorless ini boleh dikatakan setanding dengan kamera jenis DSLR dari segi kualiti gambar. Malah kamera jenis mirrorless nih lebih ringan dan padat.

Sebelum saya buat keputusan muktamad untuk membeli. Saya dah fikir masak-masak. Jenis fotografi apakah yang saya ingin ketengahkan? Potrait? Landscape? Sukan? Street photography? Fuh. Pening juga nak jumpa kamera yang kena dengan bajet saya yang sederhana nih. Sudah banyak tab dan bermacam website saya survey. Akhirnya saya jumpa jawapan saya dalam web Camera Decision.

Saya pilih kamera Olympus E-PL7 sebab bila travel saya lebih suka tangkap gambar orang berbanding landscape. Bila nak selfie/wefie skrin kamera Olympus E-PL7 nih boleh lipat dengan pelbagai sudut.

Lepas ni tak perlu nak meniarap lagi bila nak tangkap gambar.

Ini 10 alasan saya pilih kamera Olympus E-PL 7:

  1. Kamera Jenis Mirrorless
  2. Kualiti Gambar yang Cemerlang
  3. Ringan dan Padat
  4. Skrin Sentuh yang Menarik
  5. Olympus Hadiahkan Saya Satu Bateri Lebih
  6. Sambungan Wifi untuk Pemindahan Gambar ke dalam Smartphone
  7. Mempunyai Aplikasi yang Baik
  8. Mampu Rekod Video HD
  9.  Skrin Mudah Lipat yang Baik
  10. Mempunyai Pelbagai Filter Gambar yang Menarik

Ini dia 10 Sample Photos Kamera Olympus E-PL 7:

Akhir sekali, selfie pun dikira sample gambar jugak ya. Heh!

Sekian terima kasih dan jumpa lagi dalam entri seterusnya.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *