Antara alasan aku mengatakan Pulau Perhentian Kecil adalah pilihan terbaik ialah;
1- Sejam atau 2 jam(kalau jem) je dari tempat aku
Pulau dan pantai lah destinasi pilihan aku untuk release tension serta menikmati air laut yang masin. Terasa sungguh aman damai.
Ada je pulau yang lagi best daripada Pulau Perhentian tapi kebanyakannya jauh dari tempat aku. Jadi, lebih baiklah aku menikmati yang dekat-dekat. Kalau dah bosan nanti barulah plan pergi pulau lain.
Sekali setahun. 2 kali setahun. Bergantung atas cuti korang.
2- Hotel Murah
Kat sini boleh dapat hotel murah. Bajet style backpackers lah. 100ringgit sebilik. 2 katil asing bujang. Cutting 50ringgit sorang.
Selesa lah kalau nak dibandingkan dengan harga 50ringgit sebilik. Dimana korang boleh cutting 25ringgit sorang. Sebab bilik tu tak sediakan plug untuk charge bateri.
3- Jus Pisang Fresh
Sedap. Jus pisang adalah antara jus buah favourite aku. Silakan mencuba bagi yang belum. Jus buah yang lain pun rasa sangat fresh berbanding kebanyakan yang ada di bandar. Minuman berkhasiat rugi tak cuba.
4- Aktiviti Snorkeling
Isi masa lapang korang dengan aktiviti snorkeling. Harga dalam 30ringgit hingga 40ringgit. Bergantung atas berapa pulau korang nak pergi. Segala kelengkapan dan keselamatan untuk snorkeling juga telah disediakan. Korang tak perlu risau pasal pelampung dan sebagainya.
Sebagai langkah keselamatan tambahan, korang bawak lah sendiri beg kalis air untuk korang simpan spek, telefon, gincu dan sebagainya.
Snorkeling selalunya bermula dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Waktu korang bermain dan bergambar bersama ikan dengan sepuas-puasnya.
5- Sunset di Pulau Perhentian Kecil
Bukan pasangan yang dah kahwin je enjoy sunset nih. Orang bujang pun layan sunset nih sambil merenung ke luar jendela. Lihat bintang di angkasa. Purnama menerangi gelapku.
Dunia gamat bunyinya. Sunyiku hanya tuhan tahu.Kadang-kala waktu terhenti. Ku toleh ke sisi. Engkau tiada disampingku.
Feeling weh nyanyi lagu Apa Khabar kat tepi pantai. Feeling forever alone. Ha ha ha hambar..