Phontography atau phone-photography ni bermaksud tangkap gambar dengan kamera telefon. Telefon sekarang tak macam dulu, telefon sekarang boleh buat macam-macam. Sekarang hampir semua telefon baru tawar kamera yang hebat dan canggih tetapi murah.
Semestinya ramai yang tangkap gambar dengan telefon sebab ia adalah satu fungsi yang mudah. On kamera lepas tu klik dan klik. Tapi tak ramai yang tahu tangkap gambar dengan baik. Jangan risau, benda ni boleh belajar kat mana-mana dan saya akan share dalam post yang mendatang.
Sama jugak dengan yang ada kamera DLSR, kalau tak gunakan elemen fotografi untuk tangkap gambar lebih baik guna kamera telefon. Lebih ringan dan mudah. Lepas tangkap gambar terus share dan simpan dalam poket. Kemudahan yang amat. hehe
Cerita pasal aplikasi khas untuk edit gambar pula ianya dah jadi satu kemudahan yang bonus sebab tak perlu susah-susah edit dalam komputer. Hanya menggunakan apps dalam telefon je untuk edit gambar.
Cubalah print sendiri atau print kat kedai tengok kualiti gambar. Sebab hampir semua kamera telefon shoot gambar bersaiz beribu-ribu pixel. Sekeping gambar ada yang cecah saiz 5-6 Megabyte. Memang berkualiti tinggi.
Esok-esok kalau kena cara, shoot wedding dengan phone pun boleh, sebab orang bayar kualiti bukan bayar kamera ya.
Lagi Gambar
Apa-apa pun saya pasti ada kelebihan dan kelemahan. Mungkin korang boleh share dengan saya tentang kelemahan guna kamera phone? atau kelemahan guna kamera DSLR?
Entri akan datang saya akan share cara untuk tangkap gambar guna kamera phone dengan lebih baik serta aplikasi berguna untuk edit gambar.