Pos mula-mula tulis bahasa enggeris sebab nak cuba tarik pembaca Amerika..ye la..mana aku belajar bahasa Portugis untuk pengunjung Brazil. Bahasa inggeris boleh lah.
Tapi aku pelik juga. Pos mana yang diorang baca? Aku agak diorang tengok lukisan aku lah, sebab lukisan tak perlu mana-mana bahasa untuk terjemah..seribu satu cerita dalam sebuah gambar gitu..huhu
Ni korang boleh tengok statistik penuh bagi pengunjung tahun 2014;
Oleh kerana ramai pengunjung Malaysia maka aku tulis dalam BM. Seronok sikit nak balas komen..rasa lebih dekat dan perkasakan bahasa ibunda kita. gitu. huhu
Okay. Sekian saja laporan untuk minggu ini..aku akan cuba tulis lagi. aku akan buat rancangan pelbagai untuk aku pilih pada waktu-waktu buntu takde idea nanti. Dan juga lukisan. Video pendek aku akan share kat Youtube dan Facebook.
Aku akan guna Instagram untuk lukisan dan gambar. Blog ini lebih kepada penulisan. Tapi ada la juga gambar sekeping dua. Takdelah boring sangat bila baca je kan. huhu
Nah lukisan aku waktu selsema..hehe
orait
jom brekpes