Banjir merupakan suatu kejadian alam yang tidak dapat dielakkan oleh semua manusia dan dapat mengakibatkan kehilangan nyawa.

Bukan sahaja merosakkan harta benda, malah bencana ini dapat melumpuhkan ekonomi.
Orang yang tinggal dikawasan yang berisiko tinggi untuk banjir harus peka dengan setiap amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Beberapa tindakan awal harus segera diambil sebelum menghadapi banjir, perkara ini bagi minimunkan jumlah kerosakan dan kehilangan nyawa ketika banjir.

Peralatan Kecemasan Dan Bekalan Makanan Mencukupi

Sebelum menghadapi banjir, korang mesti menyediakan peralatan kecemasan seperti bot angin, payung yang mencukupi, jaket keselamatan dan lain – lain lagi.

Ini bagi mengelakkan daripada berlaku kehilangan nyawa dan dapat menyenangkan kerja semasa banjir kelak.

Bekalan makanan yang mencukupi amat penting kerana setiap kali banjir belaku, sering sekali berlaku kejadian kekurangan makanan.

Lori pembekal makanan yang menghantar makanan ke kedai – kedai runcit tidak dapat beroperasi sepanjang kejadian banjir dan ini melumpuhkan kedai runcit.

Telefon Bimbit Kecemasan

Penyediaan dan memastikan telefon bimbit sentiasa dalam keadaan baik perlu dititikberatkan dalam semua keadaan banjir kerana telefon bimbit merupakan alat berkomunikasi yang amat penting pada abad ini.

Tanpa penggunaan telefon, korang tidak dapat membuat panggilan kecemasan kepada pihak yang berkenaan jika sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Telefon bimbit yang dapat berfungsi dengan baik boleh menyelamatkan nyawa segelintir masyarakat bagi membuat sebarang laporan berkenaan dengan banjir.

Dalam sekelompok masyarakat, mesti ada walaupun sorang yang buat laporan dan prihatin nanti.

Dokumen Penting Ditempat yang Selamat dan Tinggi

Setiap kali kejadian banjir berlaku, balai polis mesti akan dibanjiri oleh mereka yang kehilangan barang berharga seperti kad pengenalan, geran tanah dan sebagainya.

Oleh itu, setiap dokumen yang penting perlu disimpan rapi bagi mengelakkan sebarang kehilangan berlaku.
Dokumen – dokumen penting seperti kad pengenalan, surat beranak, geran tanah dan beberapa dokumen lain hendaklah disimpan ditempat yang tinggi dan selamat.

Dokumen ini juga boleh disimpan didalam beg kalis air dan dibawa bersama mangsa banjir sepanjang tragedi banjir tersebut berlaku.

Kalau hilang nanti, bukan murah nak kena bayar denda tu.

Periksa Saluran Air seperti Longkang dan Tangki Air

Pemeriksaan saluran air perlu dititikberatkan oleh orang ramai kerana disebabkan benda yang remeh inilah yang dapat akibatkan banjir.

Orang yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan masalah ini mengakibatkan ramai segelintir masyarakat yang tidak bersalah menanggung masalah yang mereka mulakan.

Pemeriksaan di setiap saluran air dan longkang perlu diperiksa setiap masa bagi mengelakkan berlaku punca air tersumbat.

Longkang – longkang juga harus dibersihkan dan sampah – sarap harus dibawa keluar kerana banyak kejadian banjir berpunca daripada longkang yang tersumbat yang menghalang laluan air untuk terus mengalir.

Bersedia untuk Menutup Suis Elektrik dan Injap Utama

Jika amaran banjir telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa, korang hendaklah mula berjaga – jaga dan peka pada setiap masa.

Pada fasa ini, korang sudah boleh mula bersiap sedia untuk menutup suis elektrik dan injap utama di rumah. Perkara ini penting bagi menghentikan aliran elektrik dari terus bersambung ke rumah korang sepanjang kejadian banjir bagi mengelakkan berlaku kejutan elektrik.

Korang juga boleh mencabut plug bateri kereta bagi tindakan berjaga – jaga dan memindahkan kereta ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.

Bukan apa, tak sayang ke kereta mahal – mahal tenggelam air nanti. Hehe…

Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *